Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akui ada sebab untuk Barisan Nasional (BN) memutuskan memilih Pakatan Harapan (PH) dan bukannya Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan negeri.
Beliau mendedahkan, ia kerana blok politik itu sedia bekerjasama tanpa meletakkan sebarang syarat supaya kerajaan negeri ditubuhkan segera demi kestabilan rakyat.